Monday, March 21, 2016

Pengenalan tentang Taska Rania




Taska Rania (TR) yang terletak di bandar Chukai, Kemaman telah ditubuhkan pada awal tahun 1999 oleh To’ Puan Hajjah Wan Zaharah binti Wan Yahya yang pada ketika itu bertugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman.





Pengasas Taska Rania, To' Puan Hajjah Wan Zaharah Yang Berjiwa Pendidik


Pada awalnya ia lebih dikenali sebagai Taska Akmal. Walaubagaimanapun, pada 5hb November 2008 Taska Akmal telah didaftarkan atas nama Taska Rania bersempena dengan nama cucunda To' Puan.

Pada November 2011, Taska Rania merupakan salah satu di antara taska yang telah berjaya didaftarkan dibawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada Taska Rania sebagai sebuah taska yang selamat dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. 

Penubuhan Taska Rania sebagai satu institusi asuhan kanak-kanak swasta bertujuan untuk membentuk satu generasi yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, dan berdisiplin serta dalam pada masa yang sama membantu ibubapa yang bekerja dengan menawarkan pakej perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan.




Bahagian Hadapan Taska Rania





Bahagian Belakang Taska Rania Dari Rumah Pengurus




"Taska Rania, taska elit yang memberikan perkhidmatan dan fasiliti yang terbaik bagi menjamin kepuasan hati pelanggan kami (ibubapa dan kanak-kanak)"




MISI TASKA RANIA

·             Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan adalah keutamaan kami
·            Menyediakan program terbaik dalam melahirkan generasi yang bersahsiah dan berperibadi mulia
·             Menyediakan persekitaran yang terbaik dan selamat untuk kanak-kanak
·             Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dengan harga yang berpatutan 


No comments:

Post a Comment