Taska Rania (TR) yang terletak di bandar Chukai, Kemaman telah ditubuhkan pada awal tahun 1999 oleh To’ Puan Hajjah Wan Zaharah binti Wan Yahya yang pada ketika itu bertugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman.
|
Pengasas Taska Rania,
To' Puan Hajjah Wan Zaharah Yang Berjiwa Pendidik
|
Pada awalnya ia lebih
dikenali sebagai Taska Akmal. Walaubagaimanapun, pada 5hb November 2008 Taska
Akmal telah didaftarkan atas nama Taska Rania bersempena dengan nama cucunda
To' Puan.
Pada November 2011, Taska Rania merupakan salah satu di antara taska yang telah
berjaya didaftarkan dibawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. Ini
merupakan satu pengiktirafan kepada Taska Rania sebagai sebuah taska yang
selamat dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Penubuhan Taska Rania
sebagai satu institusi asuhan kanak-kanak swasta bertujuan untuk membentuk satu
generasi yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, dan berdisiplin serta dalam
pada masa yang sama membantu ibubapa yang bekerja dengan menawarkan pakej
perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan.
 |
Bahagian Hadapan Taska Rania
|
 |
Bahagian Belakang Taska Rania Dari Rumah Pengurus |
"Taska
Rania, taska elit yang memberikan perkhidmatan dan fasiliti yang terbaik bagi
menjamin kepuasan hati pelanggan kami (ibubapa dan kanak-kanak)"
MISI TASKA RANIA
· Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan adalah
keutamaan kami
· Menyediakan program terbaik
dalam melahirkan generasi yang bersahsiah dan berperibadi mulia
· Menyediakan persekitaran yang terbaik dan
selamat untuk kanak-kanak
· Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan kami dengan harga yang berpatutan